• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turki Gesa Semua Negara Islam Bersatu Bantu Pelarian

oleh Ahmad Albab
25/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Turki menggesa semua negara Islam berganding bahu untuk membantu pelarian Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Timbalan Menteri Keluarga dan Dasar Sosial negara itu, Mehmet Ersoy berkata perkara tersebut adalah antara isu utama yang dikemukakan untuk perbincangan pada Sidang Kemuncak dan Pameran Dunia Wanita Islam 2016 (WISE 2016) di sini.

“Kami ke sini dengan beberapa Anggota Parlimen wanita kami untuk membincangkan masalah itu dan cuba mencari penyelesaiannya pada Sidang Kemuncak Wanita Islam Sedunia (WISE 2016).

“Terdapat 3.5 juta orang di seluruh dunia yang dipaksa menjadi orang pelarian, kami percaya satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui perpaduan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mehmet berkata dunia Islam sedang berdepan dengan kesulitan kerana sebahagian besar masalah orang pelarian wujud di negara Islam, di samping perang dan konflik dalaman.

“Oleh itu, adalah amat penting negara Islam cuba memahami dan menyelesaikan masalah ini atas semangat persaudaraan seperti yang dianjurkan oleh Quran,” katanya.

WISE 2016, yang bermula semalam, memberi tumpuan utama terhadap isu semasa berkaitan peranan wanita Islam dalam pembinaan keamanan dan pembangunan global.

Sidang kemuncak pertama selama tiga hari itu dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan World Islamic Forum. – BERNAMA

Tags: PelarianTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd