• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AJIC 2016: Sivasangari Muncul Juara Remaja Asia

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain remaja negara, S. Sivasangari menepati ramalan selaku pilihan utama apabila muncul juara kategori wanita bawah 19 tahun (B-19) pada Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia (AJIC 2016) di sini hari ini.

Pemain berusia 17 tahun kelahiran Kedah itu mengambil masa 44 minit untuk mengalahkan pemain Jepun, Satomi Watanabe, 11-8, 11-7, 4-11 dan 11-9 pada final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut berpuashati kerana dapat membalas dendam setelah kalah kepada lawannya itu pada Kejohanan Remaja Terbuka Pulau Pinang, tahun lepas.

“Saya seperti hilang fokus pada set ketiga sehingga membenarkan Watanabe menang pada set tersebut namun saya kembali menemui rentak permainan pada set terakhir untuk muncul juara,” katanya.

Kemenangan tersebut adalah yang kelima untuk Sivasangari yang sudah memenangi empat kejuaraan tahun ini iaitu Piala SEA di Myanmar, Januari lepas, selain tiga kejohanan pada Jelajah Malaysia PSA di Melaka (Mac) dan dua lagi di Kuala Lumpur pada April lepas.

Selain Sivasangari, tiga lagi wakil negara turut merangkul kejuaraan Asia dalam kategori umur masing-masing iaitu Daniel Nurhaqiem Shahrul Izham dalam acara lelaki bawah 15 tahun (B-15) dan adik-beradik perempuan, Aifa Azman (wanita B-15) dan Aira dalam kategori wanita bawah 13 tahun (B-13).

Keputusan Akhir:
—————-
B-19:
Lelaki:
Velavan Senthilkumar (IND) mn Mohammad Al-Sarraj (JOR)

12-14, 9-11, 11-6, 11-8 dan 11-7

Wanita:
S. Sivasangari (MAS) mn Satomi Watanabe (JPN)

11-8, 11-7, 4-11, 11-9

B-17
Lelaki:
Abbas Zeb (PAK) mn Tushar Shahani (IND)

11-7, 11-8, 14-16, 11-7

Wanita:
Lui Hiu Lam (HKG) mn Lai Wen Li (MAS)

11-7, 11-6, 11-6

B-15:
Lelaki:
Daniel Nurhaqiem Shahrul Izham (MAS) mn Muhammad Amir Amirul Azhar (MAS)

14-12, 11-6, 11-8

Wanita:
Aifa Azman (MAS) mn Chan Sin Yuk (HKG)

14-12, 7-11, 11-6, 11-5

B-13:
Lelaki:
Asad Ullah (PAK) mn Andrik Lim (MAS)

11-6, 11-7, 11-3

Wanita:
Aira Azman (MAS) mn Kirstie Wong Po Yui (HKG)

13-11, 11-9, 11-6

– BERNAMA

Tags: SivasangariSkuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd