• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berjasa Sertai PAS, Ikatan Sebab Tak Percaya Pakatan

oleh
24/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NYARIS diambil alih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bulan lalu, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) akhirnya menyertai Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Penyertaan Berjasa, sebuah parti Islam diasaskan oleh bekas menteri besar Kelantan, Datuk Muhamed Nasir pada 1971 lalu, sekali gus menolak kepercayaan mereka terhadap Pakatan Harapan yang disertai DAP, PKR dan PAN.

Portal berita tempatan AgendaDaily melaporkan, Berjasa memilih untuk menyertai blok pembangkang itu bersama-sama dengan PAS dan Ikatan sebagai persiapan rapi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Berjasa dijangka mengumum secara rasmi menyertai blok pembangkang alternatif itu tidak lama lagi. Difahamkan ia bakal bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dalam PRU yang akan datang.

Kerusi itu ialah Batang Kali, Kota Damansara, Semenyih, Jeram, Pelabuhan Klang, Dengkil, Kuang dan Hulu Bernam namun ia mungkin berubah selepas proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

berjasa2

Tindakan proaktif dilakukan itu dilihat antara usaha agresif Presiden Berjasa yang baharu, Datuk Seri Dr. Mustapa Kamal Maulut dalam memberi ‘semangat’ kepada parti berkenaan menyertai arus politik perdana tanah air.

Berjasa ujar beliau malah turut menyokong pindaan rang undang undang Akta Mahkamah Syariah yang popular dengan terma RUU 355 dan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Parti itu merupakan serpihan PAS yang diasaskan oleh Muhamed setelah beliau dipecat susulan krisis politik yang melanda Kelantan awal dekad 1970-an selepas PAS menawan negeri Pantai Timur itu ketika PRU pada 1969.

Berjasa pernah menyertai Barisan Nasional (BN) sebelum keluar pada 1986 serta menjadi sekutu serpihan UMNO, Semangat 46 dan PAS menerusi Angkatan Perpaduan Ummah pada 1989 hingga gabungan itu dibubar pada 1996.

Baca: Hasrat PPBM, Perkasa ‘Rampas’ Parti Berjasa Gagal

berjasa1

Semasa PRU pada 2013 lalu, sebuah badan hal ehwal Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggunakan ‘tiket’ Berjasa untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut, namun calonnya kalah di semua kerusi yang dipertandingkan.

Berjasa dan Isma menyatakan bahawa mereka perlu menyertai PRU ke-13 ketika itu bukan pun bertujuan untuk memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya konon mahu meramaikan lagi wakil kaum tersebut dalam Parlimen.

Meraka hanya masuk bertanding untuk cuba menang di beberapa kawasan majoriti Melayu iaitu kerusi Parlimen Alor Setar, Padang Serai, Tapah, Selayang, Kapar dan Seremban selain beberapa kerusi DUN di Kedah dan Selangor.

Ia berharap main peranan kuasa ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politik ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa kira blok atau sempadan parti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BerjasaGagasan Sejahtera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Berjasa Tidak Sokong Kesediaan GTA Kerjasama PH

PRU15: Berjasa Tidak Sokong Kesediaan GTA Kerjasama PH

23/10/2022
0

SHAH ALAM - Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) tidak menyokong sekiranya Gerakan Tanah Air (GTA) mengadakan kerjasama dengan Pakatan...

Mohamad Ezam Kini Ahli Parti Berjasa

07/05/2022
0

PETALING JAYA : Bekas pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor sah menyertai dan menjadi ahli parti Berjasa berkuat kuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd