• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Rakam Video Dalam Asrama Pelajar Wanita

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki sebuah kolej di sini ditahan kerana didapati merakam gambar video dalam asrama pelajar wanita kolej berkenaan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pelajar berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang penghuni asrama pelajar wanita berkenaan.

“Penghuni itu yang menyedari perbuatan tidak senonoh suspek kemudiannya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

“Mangsa yang berada di bilik asrama bersama beberapa penghuni lain dilapor terlihat ada tangan yang memegang telefon bimbit di tingkap asrama mereka yang dipercayai sedang merakam gambar video.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah menjerit dan melarikan diri serta melaporkan perkara itu kepada pihak warden asrama serta pensyarah kolej.

“Mangsa bersama pihak kolej kemudiannya membuat laporan polis manakala suspek ditahan pada hari yang sama,” katanya kepada Bernama.

Mohamad Roy Suhaimi berkata pihak polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik pelajar lelaki itu dan hasil pemeriksaan menemukan dua rakaman video sepanjang 22 saat yang dirakam di asrama berkenaan.

Turut ditemukan ialah puluhan klip video lucah, katanya.

Beliau berkata suspek direman dua hari sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis sementara menunggu hasil pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit miliknya.

Kes disiasat kerana menceroboh dan memiliki bahan lucah, katanya. – BERNAMA

Tags: Asramavideo lucah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

Rafizi Dakwa Diugut Terbabit Video Lucah Dengan Lelaki, Pengirim Cuba Peras AS$100,000

13/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki...

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

06/05/2024
0

Langkawi : Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd