• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Individu Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Tukang Cat

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Seramai 12 individu berusia antara 23 hingga 55 tahun telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang tukang cat di Kampung Jelapang, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Elias Abu Bakar berkata kesemua mereka yang terdiri daripada anggota keluarga, jiran dan rakan mangsa telah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak polis.

Pihaknya juga masih giat mengesan motif sebenar kejadian tembakan tersebut.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih giat dijalankan dan siasatan meliputi semua aspek masih diteruskan bagi mencari petunjuk kes ini. Kita juga telah merekodkan percakapan kesemua individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Isnin lalu seorang tukang cat yang dikenali Edry Alias ditemukan mati selepas terkena beberapa das tembakan di kediaman bapa saudaranya.

Mangsa yang berusia 37 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh bapa saudaranya kira-kira pukul 4.30 pagi selepas pulang dari Bandar Kuala Terengganu.

Sebelum ini pihak polis juga telah menahan dua lelaki masing-masing berusia 37 tahun dan 46 tahun ditahan di Balai Polis Setiu bagi membantu siasatan, pada hari kejadian.

Kedua-dua mereka direman sehingga 26 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: kes bunuhtukang cat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd