• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Bill Kayong Disebut Semula 28 Oktober

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Mahkamah Majistret Miri menetapkan 28 Oktober bagi sebutan semula kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong pada 21 Jun tahun lepas yang dihadapi tiga tertuduh.

Majistret Lovely Natasha Charles membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Musli Abdul Hamid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih menunggu laporan kimia.

Ketiga-tiga tertuduh Mohamad Fitri Pauzi, 29, Lie Chang Loong, 39, dan Chin Wui Chung, 50, mengangguk faham ketika jurubahasa mahkamah memaklumkan kepada mereka bahawa kes itu ditetapkan untuk semula semula pada 28 Oktober.

Fitri, seorang pengawal kelab malam atau ‘bouncer’, didakwa pada 15 Julai atas pembunuhan Bill Kayong di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket, Jalan Miri-Bintulu pada 8.20 pagi, 21 Jun.

Dia berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lie, pemilik pub, juga didakwa pada 15 Julai, bersubahat dengan Mohamad Fitri, bersama-sama dengan Chin dan Datuk Lee Chee Kiang, 45, yang masih bebas, mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 11 Ogos lepas, polis Sarawak mengumumkan telah memohon bantuan Interpol untuk memburu Datuk Stephen Lee Chee Kiang yang dipercayai dalang pembunuhan itu selepas dia pergi ke Melbourne, Australia pada 3 Julai dari Singapura.

Sementara itu di luar mahkamah, peguam Abun Sui yang mewakili keluarga Bill Kayong, berkata beliau telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur untuk mengetahui lokasi semasa Lee dan kewarganegaraannya.

Abun berkata keluarga mangsa mahu kerajaan Australia mengesahkan sama ada tertuduh tiba di Australia selepas pembunuhan itu berlaku.

“Kami dengar banyak khabar angin bahawa Lee memegang taraf Penduduk Tetap di Australia, kami juga inginkan maklumat tentang perkara itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bill Kayongkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd