• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tertuduh Ketiga Kes Bunuh Kevin Morais Serah Diri – Saksi

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini diberitahu tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 22 September 2015, seminggu selepas Kevin Morais dijumpai mati pada 16 September 2015.

Pegawai Risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sentul Insp Ridhuan Abdul Razak berkata R.Dinishwaran, 24, datang ke IPD itu pada 3 petang bersama-sama peguamnya dan seorang pembantu peguam.

“Pada 22 September 2015, semasa saya berada di Pejabat JSJ, Tingkat 4, telah datang seorang lelaki India menyerah diri. Lelaki itu ialah Dinishwaran,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nurfaida Mohd Rashidee pada sesi perbicaraan kes itu yang masuk hari Ke-24 di sini, hari ini.

Saksi ke-33 itu berkata beliau kemudian menangkap tertuduh dan menerangkan sebab dia ditangkap dan hak orang yang ditangkap mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah.

“Selepas tangkapan dibuat, saya serahkan tertuduh kepada Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said,” katanya sambil memberitahu beliau membuat satu laporan polis berhubung tangkapan itu dan tiada sebarang rampasan dibuat daripada tertuduh.

Ketika pemeriksaan balas peguam M. Manoharan yang mewakili Dinishwaran, Ridhuan bersetuju bahawa tertuduh datang menyerah diri di IPD selepas dia membaca sebuah akhbar berbahasa Tamil mengenai pihak polis mencarinya bagi membantu siasatan mengenai satu kes.

Bagaimanapun, kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin ketika pemeriksaan semula sama ada tertuduh memberitahu kandungan berita akhbar itu, saksi berkenaan menjawab: “Tidak”.

Pegawai Operasi Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman Supt Hazril Kamis yang merupakan saksi ke-34 pula berkata beliau telah menangkap tertuduh keempat, A.K. Thinesh Kumar, 23, di rumahnya di Taman Desa Aman 3, Sungai Lalang, Bedong, Kedah.

Beliau berkata tangkapan itu dibuat pada 16 September tahun lepas berdasarkan arahan Supt. Shazeli Kahar supaya mengesan dan menangkap suspek berkaitan kes pembunuhan itu.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Izzat Fauzan tentang keadaan Thinesh Kumar ketika ditangkap, beliau berkata tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada anggota polis.

Menurutnya beliau turut merampas dua telefon bimbit jenis Samsung bersama kad sim telefon itu daripada tertuduh sebelum membawanya ke IPD Sentul dan menyerahkannya kepada seorang pegawai polis.

Enam lelaki – G. Gunasekaran, 48, Dinishwaran, Thinesh Kumar, M.Vishwanath, 26, S. Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September, 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.

Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung Selasa. – BERNAMA

Tags: Anthony Kevin Moraiskes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd