• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Subkontraktor Ditemui Dalam Belukar

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Mayat subkontraktor lelaki berusia 51 tahun yang dilaporkan hilang semalam ditemui di kawasan belukar berhampiran tapak pembinaan Taman Seri Maya, Pasir Pandak dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata mayat Jong Khin Hien ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang awam di kawasan itu.

Katanya, seorang kontraktor lelaki berusia 33 tahun yang juga pengadu kes dimaklumkan oleh pekerjanya melalui panggilan telefon mengenai kehilangan mangsa yang gagal kembali ke tempat kereta di kawasan tapak pembinaan berkenaan, pada kira-kira pukul 8 malam.

Menurut Abang Ahmad, pengadu bersama abang serta pekerjanya kemudian berusaha mencari mangsa, namun gagal menemuinya dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Santubong.

“Kira-kira pukul 10 pagi tadi, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan mayat seorang lelaki telah dijumpai di kawasan belukar berhampiran kawasan pembinaan Taman Seri Maya,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat penemuan mayat tidak mendapati kesan kecederaan fizikal dan mayat lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

Bagaimanapun, katanya polis masih menunggu ahli keluarga mangsa untuk mengesahkan identiti mayat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Mayatpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd