• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Mengejut: DAP, PKR Tiada Kesepakatan

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP dan sekutunya PKR tidak kesepakatan dalam memutuskan sama ada untuk mengadakan pilihan raya mengejut lebih awal atau sebaliknya di Selangor, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bertanding sekiranya kerajaan negeri Selangor mahu mengadakan pilihan raya negeri lebih awal.

“Tetapi apa yang penting mereka (DAP dan PKR), tiada persetujuan sebulat suara dalam isu ini (pilihan raya negeri awal),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan KL Converge! 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Salleh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bahawa kerajaan negeri tidak akan mengadakan pilihan raya lebih awal meskipun menerima desakan daripada DAP.

Mengenai Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa akan memanfaatkan BN, beliau berkata beberapa parti komponen BN juga setakat ini tidak bersetuju mengenai kajian itu.

“Suruhanjaya Pilihan Raya adalah sebuah badan yang bebas… biarlah mereka melakukan kerja mereka (kajian semula persempadanan). Tempoh sebulan (sehingga 14 Okt) diberi untuk mengemukakan bantahan sekiranya tidak berpuas hati dengan kajian berkenaan.

“Pastinya proses mendengar aduan (bantahan) akan dijalankan secara telus dan pasti semuanya akan dipertimbangkan, kita tunggu dan akan lihat apakah keputusan yang akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhasrat mengambil alih sebuah parti politik di Sabah untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Salleh berkata ia tidak menggugat kedudukan parti UMNO di Sabah.

Hari ini, Mohd Shafie mengunjungi pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Putrajaya untuk memohon proses pertukaran nama parti berkenaan dan logonya, bagaimanpun, beliau enggan menamakan parti berkenaan.

Menurut bekas menteri kabinet itu parti politik itu berkonsepkan pelbagai kaum yang ditubuhkan pada 2013. – BERNAMA

Tags: DAPPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd