• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cinta Terhalang Dipercayai Punca 2 Beranak Dibunuh

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pihak polis menyifatkan kes pembunuhan dua beranak di Taman Puteri Wangsa, Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini semalam sebagai selesai dengan tertangkapnya lapan suspek.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lima daripada mereka ditahan di sekitar Pelangi Indah manakala dua lagi yang merupakan suspek utama diberkas di dalam sebuah bas ekpres di Km 142.4, Lebuhraya Utara-Selatan di susur keluar ke Pagoh.

Mereka dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata turut dirampas daripada kedua-dua suspek itu ialah beberapa barangan yang dipercayai merupakan milik mangsa.

Seorang lagi suspek yang berusia sekitar 20-an ditangkap pada pukul 3 pagi tadi di Taman Puteri Wangsa, katanya.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 56 tahun dan anak perempuannya yang berumur 16 tahun ditemukan mati di rumah mereka yang dipercayai akibat ditikam dan ditetak beberapa kali dengan menggunakan senjata tajam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kesemua suspek berusia antara 18 hingga 20 tahun yang diberkas kurang daripada lapan jam selepas kejadian.

Wan Ahmad Najmuddin berkata motif pembunuhan dipercayai disebabkan ‘cinta terhalang’ terhadap mangsa remaja berkenaan.

Kesemua suspek direman lima hari hingga Isnin ini. – BERNAMA

Tags: kekasihkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd