• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Sabah Kebal Virus Zika?

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDUDUK negeri Sabah dikatakan lebih sukar dijangkiti virus Zika kerana badan mereka telah membentuk antibodi semulajadi terhadap virus berkenaan.

Ini kerana menurut seorang pakar bidang sains kesihatan dan perubatan Universiti Malaysia Sabah, Professor Kamaruddin Ahmed, virus berkenaan telah ditemui dalam badan monyet dan manusia di Sabah sejak tahun 1960-an lagi.

Bercakap pada satu forum kesihatan di Kota Kinabalu pada Selasa lalu, beliau menjelaskan, mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai kehadiran virus berkenaan di Sabah dipercayai sudah membentuk antibodi sendiri.

“Daripada apa yang telah dikaji dan disahkan, kita tahu bahawa Orang Utan adalah antara keluarga monyet yang menjadi pembawa virus berkenaan,” jelasnya.

Tambah beliau, akibat pembalakan dan faktor lain seperti sentuhan haiwan-manusia, Zika telah berpindah kepada manusia.

“Ini bermakna, sebahagian besar kita berkemungkinan ada antobodi semulajadi menentang virus itu.

“Justeru, ini bermakna virus Zika tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas kita sepertimana kesannya ke atas orang lain di bahagian lain dunia, terutama di Brazil di mana bayi dilahirkan oleh ibu dijangkiti Zika akan mengalami sindrom microcephaly (kepala kecil),” jelas beliau.

Tambahnya, strain virus Zika di Malaysia dan Amerika Selatan adalah berbeza.

Beliau bagaimanapun meningatkan penduduk Sabah agar tetap berhati-hati dan mengambil langkah perlu agar tidak dijangkiti virus itu.

“Masih banyak persoalan yang kita tidak mampu jawab, maka tindakan pencegahan adalah langkah terbaik untuk kita semua,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Star

Tags: Sabahvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd