• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Di Pulau: Sila Lapor Anggota Keluarga Hilang

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGANU – Pihak polis memohon orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil ke balai bolis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat di dalam kotak polisterin di Pulau Tenggol, Dungun, awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung orang hilang, sejak rangka itu ditemukan.

“Kami kini giat mengesan identiti mangsa dan memohon orang ramai yang ada kehilangan anggota keluarga tampil ke balai polis berhampiran.

“Selain itu kami juga sedang giat mengesan beberapa petunjuk yang mendatangkan kesan jenayah pada mayat tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 6 Sept lalu, mayat seorang lelaki yang telah reput dipercayai dibunuh ditemukan oleh pemandu bot pelancong bersama-sama tiga rakannya ketika berehat di Pulau Tenggol selepas pulang daripada aktiviti ‘snorkeling’ kira-kira 9.15 pagi di pesisir pantai tersebut.

Ahmad Zailani berkata hasil laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan tetakan pada rusuk kiri, kanan dan belakang badan mangsa yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu.

Jelasnya mangsa dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih dari dua minggu dan kini polis sedang berusaha mengesan identiti rangka berkenaan.

“Mangsa dipercayai meninggal dalam tempoh lebih dua minggu… mangsa tidak dipotong namun (dipercayai) dibiarkan mengalami proses mereput sebelum dibungkus rapi dengan plastik dan disumbat ke dalam kotak,” katanya.

Beliau berkata polis yakin kotak berkenaan telah diletakkan di lokasi berkenaan dan bukannya dihanyutkan arus sehingga terdampar ke pesisir pantai.

“Tiada kesan berlumut mahupun warna pudar pada kotak berkenaan…kami percaya ia memang diletakkan di pulau itu dan bukannya dicampak ke dalam laut sehingga terdampar,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesaksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: Mayatpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd