• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah & Perak Masih Bah, Fenomena Air Pasang Besar

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Kedah dan Perak terutama kawasan pesisir pantai masih lagi terjejas banjir berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di negeri itu.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 991 orang berbanding 934 orang semalam dan mereka ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Left Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata sehingga 8 pagi ini, pusat pemindahan itu menempatkan 242 keluarga dari lapan kampung sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata 267 orang daripada 78 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Seri Kuala; 262 daripada 64 keluarga di Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam serta Pusat Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kampung Sungai Pial dengan seramai 222 orang daripada 47 keluarga.

Katanya tiga lagi pusat pemindahan adalah di Dewan Kampung Paya yang menempatkan 94 orang daripada 19 keluarga; Surau Kampung Sungai Yu seramai 74 orang daripada 19 keluarga dan Dewan Telok Amboi dengan 72 orang daripada 15 keluarga.

Di PERAK, jumlah penduduk yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Pantai Remis dan Teluk Intan setakat 8 pagi tadi kekal 90 orang.

Seramai 17 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tapak Semenang, Teluk Intan; manakala 73 orang daripada 18 keluarga berada di dewan orang ramai Kampung Panchor, Pantai Remis.

Pegawai Bencana Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Manjung, Shamsur Shauddin berkata pusat pemindahan itu mungkin ditutup tengah hari ini memandangkan air banjir telah surut.

Sementara itu, Setiausaha Pengurusan Bencana Daerah Bagan Datoh, Mohd Zaidi Ahmad berkata banjir di Teluk Intan semakin pulih, namun cuaca agak mendung pagi ini. – BERNAMA

Tags: air pasang besarBanjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd