• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menanti Kepulangan Wira Paralimpik Hari Ini

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sambutan besar-besaran menanti kepulangan wira Malaysia di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, yang pulang ke tanah air hari ini.

Menerusi posting di Facebook Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, beliau menjemput rakyat Malaysia untuk menyambut kontinjen Paralimpik pada pukul 2 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu bagi mereka yang berada di sekitra ibu negara, anda mempunyai peluang untuk menyambut atlet paralimpik apabila mereka tiba di Jalan Tun Razak sekitar pukul 5.30 petang.

Mereka kemudian akan dibawa mengggunakan bas tidak berbumbung dalam perarakan yang bermula dari Jalan Tun Razak menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang dan berhenti seketika di pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas.

Konvoi itu kemudiannya akan melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan sebelum berhenti sekali lagi di kawasan air pancut berhadapan pintu utama pusat beli belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang sebelum bergerak ke destinasi terakhir di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik di Kampung Pandan.

Kontinjen paralimpik mencipta sejarah cemerlang sukan negara apabila meraih tiga pingat emas dan satu gangsa menerusi acara olahraga, sekali gus menamatkan cabaran di kedudukan ke-36 dalam pungutan pingat keseluruhan.

Pingat emas pertama dimenangi atlet pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 lelaki, disusuli emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 lelaki, yang turut mencipta rekod dunia dengan balingan sejauh 16.84 meter.

Pingat emas ketiga disumbangkan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 lelaki yang turut mencatat rekod baharu dunia dengan lompatan 7.60 meter manakala gangsa diraih Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20 wanita dengan memperbaharui rekod Sukan Para Asia dengan jarak 5.20 meter. – mStar Online

Tags: atletParalimpik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd