• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Buruk Semasa Air Pasang Besar Punca Bah Besar

oleh AK-47
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fenomena air pasang besar yang melanda kawasan pantai barat Semenanjung awal minggu ini dan menyebabkan banjir di beberapa tempat mengejutkan banyak pihak.

Dalam laporan hari ini, Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan amaran bahawa air pasang dengan ketinggian lebih lima meter akan berulang pada bulan depan.

Memandangkan air pasang besar, yang turut dikenali sebagai ‘king tides’ atau ‘spring tides’ boleh diramal, kemungkinan pihak berkuasa yang berkaitan boleh memantau perkembangan fenomena air pasang dan memberikan amaran awal kepada penduduk untuk bersedia menghadapi kemungkinan air pasang besar luar biasa dan menyebabkan banjir.

RAMALAN

Ketua Makmal Oseanografi Fizikal Dan Geologi Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir berkata meskipun Jabatan Meteorologi boleh meramal fenomena air pasang besar namun kejadian baru-baru ini adalah ekoran cuaca buruk luar jangkaan.

“Fenomena air pasang besar memang boleh diramal, malahan berlaku setiap tahun cuma yang menyebabkan air melimpah baru-baru ini adalah faktor cuaca buruk dengan angin kuat dan hujan yang berlaku serentak. Angin memainkan peranan kerana apabila bertiup kuat ia menyebabkan laut bergelora dan air melimpah (ke kawasan daratan),” jelas beliau.

Mohd Fadzil berkata fenomena air pasang besar yang berlaku di Pantai Barat ini sebenarnya membuka mata pihak berkuasa berkaitan dan menjadikan mereka lebih berjaga-jaga dan bersiapsiaga menghadapi kemungkinan bencana yang boleh tercetus semasa air pasang besar dan cuaca yang tidak menentu.

Beliau berkata fenomena air pasang besar turut berlaku di negara lain seperti Vietnam dan Indonesia serta China, yang mempunyai ‘tidal bore’ atau dikenali sebagai benak, menjadi tarikan orang ramai yang menunggu untuk melihat fenomena itu berlaku. (‘Tidal bore’ adalah fenomena ombak sungai yang berlaku apabila arus pasang laut mencipta gelombang air yang bergerak di sepanjang sungai atau teluk sempit menyebab aliran air melawan arus sungai.)

“Ini bermaksud di China, mereka boleh meramal kejadian itu. Cuma, mungkin faktor kurang kesedaran kita (Malaysia) yang menyebabkan kita tidak menjangka perkara itu akan berlaku (lebih buruk). Sebenarnya perkara ini selalu berlaku di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Statistik terkini menunjukkan berlaku peningkatan ‘Tidal Flooding’ sejak 10 tahun kebelakangan ini,” katanya kepada Bernama.

TARIKAN GRAVITI BULAN

Menurut laporan Bernama, Seramai 1,089 penduduk dari beberapa kawasan yang terjejas ekoran fenomena air pasang besar ditempatkan di beberapa pusat pemindahan semalam.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata angin barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak besar mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, iaitu kawasan barat laut Semenanjung Malaysia sehingga hari ini.

Beliau berkata tiga fenomena alam iaitu angin kencang dan ribut petir; ombak kuat serta fenomena air pasang besar menyebabkan kawasan rendah berhampiran pantai ditenggelami air.

Timbalan Pengarah Institut Sains Samudera dan Bumi (IOES), Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata fenomena air pasang besar yang berlaku ini dipengaruhi oleh angin kencang barat daya, menjadikannya lebih buruk.

Beliau menjelaskan fenomena air pasang besar yang berlaku berkait dengan kitaran ‘spring tide’, lazimnya berlaku ketika fasa bulan penuh dan juga bulan baharu.

“Fenomena ini sebenarnya berkait dengan tarikan graviti bulan dan kita juga baru memasuki fasa bulan penuh. Cuma kali ini faktor angin kencang barat daya di laut kemungkinan besar mempengaruhi keadaan ini untuk menjadi lebih buruk (sehingga mengakibatkan banjir),” katanya.

Mengulas lanjut Azizan berkata, fenomena air pasang besar yang lebih besar dan teruk dikenali sebagai ‘King Tide’ berlaku apabila tarikan graviti bulan dan matahari selari dengan kedudukan bumi.

“Kejadian ini akan membawa kepada air pasang besar lebih teruk, sekali gus mengakibatkan paras air naik dan bah besar seperti yang berlaku di Terengganu dan Sarawak sebelum ini,” katanya.

Azizan turut menyentuh tentang kitaran ‘diurnal tide’ (pasang surut air 24 jam) dan ‘semidiurnal tide’ (pasang surut air 12 jam).

Beliau berkata ‘diurnal tide’ akan menyebabkan julat air pasang surut yang tinggi seperti banjir besar yang berlaku pada Disember 2014, menyaksikan beberapa negeri Pantai Timur dilanda banjir paling buruk.

(‘Diurnal tide’ (pasang surut air 24 jam) berlaku pada Jun dan Disember semasa ‘solstis’ (penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi) manakala ‘semidiurnal tide’, berlaku pada Mac dan September semasa ‘ekuinoks’ (seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu masing-masing 12).

Memandangkan fenomena air pasang boleh diramal, Azizan menyarankan orang ramai melayari www.tide-forecast.com untuk mendapatkan maklumat berkaitan fenomena air pasang besar.

Di Sarawak, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran negeri menyediakan maklumat tentang air pasang besar (seperti tarikh, masa dan ramalan aras air pasang) yang diramal berlaku sepanjang tahun.

Maklumat berkenaan diperoleh daripada Almanak Kerajaan Sarawak (kalendar tahunan yang mengandungi tarikh penting dan maklumat perangkaan seperti data astronomi dan jadual air pasang), berdasarkan kepada maklumat yang disalurkan Jabatan Marin Sarawak. – BERNAMA

Tags: air pasang besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

07/05/2023
0

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd