• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Wakil Negara Ke Suku Akhir Skuasy Individu Remaja Asia

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima wakil negara, masing-masing dua dalam kategori lelaki dan tiga bagi kategori wanita mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia (AJIC) 2016 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Ng Eain Yow dan Ong Sai Hung meneruskan kemaraan ke suku akhir kategori lelaki bawah 19 tahun selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pusingan kedua.

Eain Yow yang diletakkan selaku pilihan utama kejohanan, tidak menghadapi masalah apabila hanya memerlukan 23 minit untuk menundukkan pemain India, Aryaman Adik 11-5, 11-3, 11-5.

“Sebenarnya, saya sedikit gementar pada perlawanan hari ini kerana ia perlawanan pertama saya setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama.

“Kelebihan buat Aryaman kerana beliau telah dapat menyesuaikan diri dengan gelanggang dan suasana perlawanan sebelum ini, tetapi saya dapat mengatasi semua itu dan memenangi perlawanan,” kata Eain Yow selepas tamat perlawanan.

Sai Hung, yang diletakkan selaku pilihan kelapan kejohanan, juga beraksi cemerlang untuk menewaskan pemain pilihan kesembilan Linclon Chan Wui Ki dari Hong Kong.

Bagaimanapun, beliau terpaksa bekerja keras sebelum memenangi perlawanan itu 11-9, 11-4, 9-11, 11-6 dalam masa 53 minit. Tiga lagi wakil negara – Marcus Sim, Muhammad Ezzri Nazri dan Mohd Farez Izwan yang beraksi dalam kategori yang sama, bagaimanapun terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Eain Yow dijadual bertemu pilihan kelima kejohanan, Abhay Singh dari India manakala Sai Hung bakal membuat perhitungan dengan pilihan keempat, Mohammad Al-Sarraj dari Jordan pada aksi suku akhir, esok.

Untuk rekod, Eain Yow merupakan finalis pada edisi ke-22 yang berlangsung di Iran tahun lepas, namun tewas kepada pemain dari Pakistan, Ishrar Ahmad 2-3.

Sementara itu, bagi kategori wanita bawah 19 tahun, S. Sivasangari yang membawa cabaran negara selaku pilihan utama kejohanan, mudah menewaskan Ghazal Sharafpour dari Iran 11-6, 11-2, 11-7 untuk melangkah ke suku akhir.

Turut mengiringi Sivasangari ke suku akhir ialah Zoe Foo Yuk dan Andrea Lee yang turut mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. “Permainan saya hari ini tidak cukup baik kerana banyak melakukan kesilapan dan memberi mata mudah. Masih banyak perlu diperbaiki pada perlawanan akan datang,” kata Zoe Foo selepas perlawanan.

Sivasangari bakal bertemu pilihan ke-11, Sunayna Kuruvilla dari India, manakala Zoe Foo akan berdepan Akanksha Salunke juga dari India, sementara Andrea Lee dijadual bertemu Ho Ka Wing dari Hong Kong.

Kejohanan Individu Remaja Asia edisi ke-23 itu, berlangsung selama lima hari dan disertai 184 pemain dari 12 negara. Turut dipertandingkan pada kejohanan ini ialah kategori bawah 17 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 13 tahun.

Selain Malaysia, negara lain yang mengambil bahagian ialah Hong Kong, Singapura, India, Pakistan, Macau, Qatar, Korea Selatan, Iran, Jepun, Jordan dan Sri Lanka. – BERNAMA

Tags: Skuasy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd