• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Luluh Hati Ibu, Anak Digilis Depan Mata

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Seorang murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Teluk Medan di sini, maut dirempuh sebuah lori ketika cuba melintas jalan raya, kira-kira pukul 7.20 pagi tadi.

Lebih memilukan, kejadian tersebut disaksikan oleh ibunya sendiri ketika mangsa, Mohammad Haikal Helme, 11, bersama beberapa murid yang lain melintas jalan untuk memasuki sekolah.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan netizen di laman sosial, pengawal lalu lintas sekolah berkenaan dilihat pada mulanya mengarahkan kenderaan yang melalui jalan tersebut untuk memperlahankan kelajuan.

Ini bagi memberi laluan kepada murid-murid sekolah melintas jalan.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang membawa muatan ayam itu tidak memberhentikan kenderaan. Mangsa yang sudah berada di tengah jalan cuba melarikan diri dari dirempuh namun terlambat untuk berbuat demikian.

Video: Luluh Hati Ibu, Anak Digilis Depan Mata

Difahamkan, pemandu lori terbabit didakwa tidak memberhentikan kenderaan walaupun lampu isyarat menyala merah.

Video: Luluh Hati Ibu, Anak Digilis Depan Mata

Video: Luluh Hati Ibu, Anak Digilis Depan Mata

Video: Luluh Hati Ibu, Anak Digilis Depan Mata

Video: Luluh Hati Ibu, Anak Digilis Depan Mata

Mangsa maut serta merta di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Ayah mangsa, Helme Ahmad, 53, tidak dapat menahan perasaan sedih akan kehilangan anak bongsunya itu.

“Arwah amat rapat dengan ibunya dan dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya. Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa ceria bersama adik beradiknya.

“Sehingga kini, isteri saya masih trauma dengan kejadian itu. Namun kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah anak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Jenazah Mohammad Haikal Helme telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi selepas solat Zohor tengah hari tadi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Digilis lorimautmuridSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Keselamatan Sekolah Di Titik Paling Rendah Dalam Sejarah Pendidikan Negara

Tahap Keselamatan Sekolah Di Titik Paling Rendah Dalam Sejarah Pendidikan Negara

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad menyifatkan tahap keselamatan sekolah ketika ini sedang berada pada titik paling rendah...

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd