• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ban Rosak Akibat Fenomena Air Pasang Besar Sedang Dibaiki

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Semua ban di kawasan pesisir pantai di Selangor yang rosak akibat fenomena air pasang besar sejak Ahad lepas, telah dan sedang diperbaiki bagi mengelak kejadian banjir berulang.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib dalam kenyataan, berkata banjir di lima daerah di negeri ini disebabkan air laut melimpahi ban sedia ada, selain terdapat juga kawasan ban telah rebak akibat arus deras.

Beliau berkata ban yang rosak akibat fenomena berkenaan dan sedang dalam proses pembaikan segera melibatkan dua di Sungai Air Tawar, Kampung Sungai Lang dan Kampung Sungai Apong, kesemuanya di Sabak Bernam dekat sini Zaidy berkata pembaikan semula yang dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor itu mampu mengelak kemasukan semula air laut pada masa akan datang.

Katanya projek menaik taraf ban melibatkan kerja-kerja melebar dan meninggikan ban sepanjang 730 meter di Sungai Lang, Sabak Bernam dijangka bermula bulan depan, dengan anggaran perbelanjaan termasuk kajian dan reka bentuk sebanyak RM3.5 juta.

“Kejadian ini mengulangi fenomena air pasang besar di luar kebiasaan pada 2006 iaitu 10 tahun yang lalu dan banjir boleh menjadi lebih buruk jika hujan lebat, namun sehingga kini tiada amaran hujan lebat dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi.

“Hal ini akan berlanjutan pada tahun ini khususnya pada minggu ketiga setiap bulan dan dijangkakan (air laut) mencecah ketinggian sehingga 5.7 meter,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di sekitar kawasan pantai sentiasa peka dengan maklumat terkini yang dikeluarkan agensi terlibat selain mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Tags: air pasang besarExcofenomena
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

Selangor Rangka Mekanisme Mudahkan Murid Lapor Kejadian Buli – Exco

27/08/2025
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan merangka mekanisme khas bagi memudahkan kanak-kanak melaporkan sebarang kejadian berunsur buli, kata Exco Pembangunan...

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

Vape: Kerajaan Negeri Akan Jumpa Pemain Industri Sebelum Buat Keputusan – Exco

05/07/2025
0

Tanjong Malim: Kerajaan negeri akan bertemu dengan penggiat industri rokok elektronik, atau vape, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan larangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd