SEORANG bayi berusia 18 bulan dari India ternyata ada kecergasan minda luar biasa apabila membuktikan dirinya mampu mengenal pasti mata wang 26 negara dan mengidentifikasi tujuh keajaiban dunia.
Tidak sekadar itu, bayi ajaib ini juga boleh menterjemahkan nama-nama haiwan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Marathi.
Menurut akhbar Times of India (TOI), ibunya iaitu Asavari Bale juga pada awalnya sukar mempercayai kebolehan anaknya itu.
Kata Asavari, Advika mula pandai bercakap sedikit demi sedikit sejak berusia enam bulan.
Ketika Advika mula merangkak, Asavari sudah mula memperkenalkan abjad, buah-buahan, dan gambar-gambar haiwan.
“Kemudian, ketika dia berumur lapan bulan, saya mula mengajar dia tentang negara, mata wang, keajaiban dunia, dan sebagainya,” kata Asavari.
“Pada usia 10 bulan, dia dapat mengenal pasti semua bahagian tubuhnya,” kata ayahnya, Sagar.
Wartawan TOI turut menanyakan 100 soalan yang disiapkan oleh ibu bapa Advika kepada bayi itu.
Ternyata, Advika mampu menjawabnya dengan baik, meskipun ada terkeliru dua kali.
“Hari ini, Advika hanya ingin belajar dan melihat buku,” kata Asavari. – MYNEWSHUB.CC

