• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angelina Jolie Fail Tuntutan Cerai Terhadap Brad Pitt

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGELINA Jolie dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai dengan suaminya, Brad Pitt, Isnin lalu. 

Menurut sumber media hiburan barat, Jolie memfailkan permohonan tersebut atas alasan perbezaan pendapat yang tidak boleh diatasi antara mereka berdua.

Selain itu, penyalahgunaan dadah oleh Pitt juga menjadi salah satu sebab Jolie membuat keputusan untuk berpisah dengannya, selepas 2 tahun menjalani kehidupan sebagai suami-isteri.

Pasangan itu bertemu semasa berlakon bersama dalam filem Mr. and Mrs. Smith pada tahun 2004. Pitt ketika itu masih berkahwin dengan seorang lagi pelakon terkenal, Jennifer Aniston. 

Jolie dalam permohonan cerainya meminta hak penjagaan penuh terhadap enam anak mereka (termasuk anak angkat) dan hanya mahu membenarkan Pitt berjumpa dengan mereka pada masa yang ditetapkan.

Tindakan tersebut diambil kerana Jolie mendakwa tidak mahu anaknya terpengaruh dengan Pitt yang juga merupakan seorang pengambil alkohol yang tegar.

“Keputusan ini dibuat dengan sebab keselamatan keluarga dan anak-anak kami,” kata Jolie.

Pasangan tersebut amat menyayangi anak-anak mereka dan tidak pernah menunjukkan hubungan mereka berada dalam masalah di hadapan anak, sehinggalah tuntutan perceraian difailkan oleh Jolie.

Bagaimanapun, permasalahan dalam rumah tangga mereka mula dikesan pihak media sejak Julai lalu.

Jolie dan Pitt menjalin hubungan cinta sejak tahun 2004 dan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun 2014. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anjelina joliebrad pitt
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jolie Tuduh Pitt Gagal Bayar Nafkah Anak

08/08/2018
0

LOS ANGELES - Angelina Jolie menuduh Brad Pitt gagal memberi nafkah kepada anak mereka di tengah perceraian panjang bekas pasangan...

Brad Pitt Minta Maaf Pada Jennifer Aniston

09/06/2017
0

AKTOR Brad Pitt akhirnya memohon kemaafan daripada bekas isterinya, Jennifer Aniston kerana menceraikan aktres itu akibat terlalu mabuk cinta dengan Angelina Jolie...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd