Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Syed Saddiq Dipanggil Bukit...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

Kanak-Kanak Terperangkap 45 Minit...

LUMUT - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap kira-kira 45 minit...

Sah TMJ Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hari ini...

Presiden AS Bakal Berkunjung...

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengunjungi Poland pada Jumaat ini...

Jolie Tuduh Pitt Gagal Bayar Nafkah Anak

LOS ANGELES – Angelina Jolie menuduh Brad Pitt gagal memberi nafkah kepada anak mereka di tengah perceraian panjang bekas pasangan terkenal Hollywood itu.

Peguam kepada aktres berusia 43 tahun itu mendakwa semalam, aktor berusia 54 tahun itu tidak membayar nafkah ‘relevan’ anak mereka selama 18 bulan, menurut dokumen mahkamah dilihat laman web DailyMail.com.

“Sehingga sekarang, Pitt belum membayar wang nafkah anak sejak mereka berpisah,” kata peguam Jolie, Samantha Bley DeJean.

Aktres bertukar pengarah itu mendakwa, suami ketiganya itu gagal memenuhi kewajipan kewangan dan menuntut mahkamah memaksanya menjelaskan bayaran.

“Oleh kerana perkiraan tidak rasmi berhubung pembayaran perbelanjaan anak-anak gagal dipenuhi Pitt selama setahun setengah, Jolie bercadang memfailkan satu arahan sekatan (RFO) bagi mengaktifkan arahan nafkah anak,” kata dokumen itu.

Beliau meminta hakim menguruskan satu pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan.


Sokongan ‘relevan’ tidak dijelaskan dalam tuntutan itu dan pasukan Pitt belum menjawab secara rasmi.

Sumber Pitt yang biasa dengan situasi itu memberi bayangan kepada Dailymail.com, aktor berkenaan kemungkinan menentang dakwaan, mengulas: “Brad sentiasa memenuhi komitmennya.”

Dokumen itu juga menuntut perceraian mereka dimuktamadkan tahun ini, dengan Jolie dilihat tergesa-gesa mahu menamatkan hubungan mereka.

Kekayaan bersih Jolie dianggarkan AS$160 juta (RM652.40 juta), menurut Celebrity Net Worth dan pada 2014, beliau berada pada kedudukan ke-74 selebriti dengan pendapatan tertinggi menurut Forbes manakala Pitt diisytiharkan memiliki kekayaan bersih AS$240 juta (RM978.59 juta).

Perpisahan mengejutkan mereka diumumkan dua tahun lalu apabila Jolie memfailkan perceraian pada September 2016, memetik tiada persefahaman.

Keputusan diambil di tengah dakwaan Pitt berkasar dengan seorang daripada anak mereka dalam pesawat peribadi namun dibebaskan daripada salah laku. – DailyMail

Kategori