• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Persempadanan Parlimen Bukit Katil Semula – UMNO

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – UMNO Bahagian Bukit Katil hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula cadangan persempadanan semula untuk kawasan Parlimen dengan nama yang sama.

Ketua UMNO bahagian itu Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata ini kerana persempadanan semula dicadangkan itu akan membawa keluar pusat daerah mengundi (PDM) Bachang dan Peringgit ke kawasan Parlimen Kota Melaka.

“Sekiranya ini berlaku Parlimen Bukit Katil yang kini mempunyai kira-kira 105,000 pengundi akan kehilangan lebih 10,000 pemilih berdaftar di kedua-dua PDM itu,” katanya dalam sidang akhbar di Bandar Hilir di sini hari ini.

Mohd Ali yang juga anggota Dewan Negara berkata UMNO juga akan mencadangkan kepada SPR untuk menambah dua atau tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu dalam kajian persempadanan semula kawasan tersebut.

Pada masa ini, Parlimen Bukit Katil mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Bachang, Ayer Keroh, Bukit Baru dan Ayer Molek.

Pada pilihan raya umum 2013, kerusi Parlimen Bukit Katil dimenangi Shamsul Iskandar Mohd Akin daripada PKR menewaskan Mohd Ali dengan majoriti 5,447 undi.

Telah dilaporkan sebelum ini Parlimen Bukit Katil merupakan kawasan parlimen yang bakal menjadi tumpuan utama dan ‘kawasan panas’ di Melaka pada pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap pembangkang yang mendakwa SPR melaksanakan persempadanan semula itu demi kepentingan pihak tertentu.

“Dari dahulu lagi pembangkang akan sentiasa menuduh bahawa ada konspirasi namun apa yang dilaksanakan SPR adalah mengikut peraturan dan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ali RustamUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd