• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.2 Juta Rakyat Di Negara Ini Tiada Lesen Memandu – KP JPJ

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan sebanyak 1.2 juta rakyat di negara ini yang layak mendapat lesen memandu, tidak mempunyai lesen tersebut, kata Ketua Pengarahnya Datuk Nadzri Siron.

Nadzri berkata JPJ giat mengadakan kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memiliki lesen memandu kenderaan yang sah serta akan memastikan mereka mendapatkan lesen berkenaan.

“Belum dikenal pasti sama ada mereka ini langsung tidak mempunyai lesen kerana memang tidak mahu memandu, tidak memiliki kenderaan atau semata-mata bergantung kepada pengangkutan awam dan sebagainya.

“Bagaimanapun bilangan mereka ini perlu dikesan puncanya agar tidak berlaku sebarang masalah keselamatan di jalan raya lebih-lebih lagi jika mereka memandu tanpa lesen,” katanya.

Nadzri berkata kepada pemberita selepas Majlis Penutup Perkhemahan Kadet JPJ Peringkat Kebangsaan 2016 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri, Kem Tasoh, di sini yang disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi hari ini.

Nadzri berkata ia selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 yang menyasarkan pengurangan sehingga 50 peratus kadar kemalangan maut di negara ini yang mana sebanyak 62 peratus adalah membabitkan kemalangan motosikal.

“Sebanyak 18.8 juta kenderaan berdaftar yang masih aktif di negara ini melibatkan 14 juta pemandu. Maka kerajaan perlu memastikan orang ramai dan generasi akan datang mempunyai sikap dan amalan pemanduan yang mengutamakan keselamatan serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Mengikut statistik, 6,700 kemalangan maut direkodkan tahun lepas dan bilangan itu adalah membimbangkan, apatah lagi 30 peratus daripada jumlah berkenaan membabitkan pelajar sekolah.

Sehubungan itu, Nadzri berkata program perkhemahan kadet JPJ adalah antara usaha memperkasa disiplin serta jati diri peserta dalam mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya sejak di peringkat sekolah.

“JPJ bekerjasama secara NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan institut memandu untuk kemudahan para pelajar bagi mendapatkan lesen motosikal (B2).

“Pelajar berumur 17 tahun ke atas layak mendaftar di sekolah untuk proses mendapatkan lesen B2 di mana pegawai JPJ dan institut memandu akan mengendali kelas menunggang motosikal di sekolah-sekolah sebelum pelajar mengambil peperiksaan memandu di pusat ujian,” jelasnya.

Program selama tiga hari bermula 18 Sept lepas melibatkan penyertaan 291 pelajar daripada 17 buah sekolah, 31 guru pengiring dan 60 pegawai JPJ terlibat menyertai perkhemahan itu yang julung kali diadakan melibatkan pasukan kadet JPJ di seluruh negara yang akan dijadikan acara tahunan. – BERNAMA

Tags: JPJlesen memandu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd