• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Gelandangan Ditemukan Di Sungai Pinang

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mayat lelaki yang dipercayai gelandangan ditemukan terapung di Sungai Pinang berhampiran Jambatan Jalan Sungai Pinang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mayat itu yang hanya berseluar sukan panjang berwarna hitam ditemukan pada pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal tidak menemui kesan kecederaan dan berdasarkan pada pakaian, polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu adalah gelandangan. Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau kenalan boleh hadir ke Hospital Pulau Pinang untuk tujuan pengecaman.

Sementara itu, lapan pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang hasil pemeriksaan di sebuah medan selera di Persiaran Paya Terubong dan sebuah pangsapuri di Jalan Kaki Bukit, Gelugor semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Fairuz Ismail berkata lima lelaki Bangladesh ditahan dalam pemeriksaan di medan selera itu manakala seorang pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua wanita Indonesia yang bekerja sebagai tukang cuci ditahan di pangsapuri berkenaan.

Kesemua mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan diri, tiada permit kerja dan menyalahguna pas lawatan sosial, katanya. – BERNAMA

Tags: gelandanganMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd