• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SPRM Tahan Staf Awam Rasuah Waktu Terdekat

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siri operasi di beberapa buah negeri bagi menahan kakitangan sektor awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya memandang serius gejala rasuah khususnya dalam agensi kerajaan dan akan terus menggunakan segala keupayaan serta kekuatan yang ada bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Menurut beliau, SPRM dijangka akan memanggil dan menahan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan terlibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam masa terdekat.

“Mereka yang akan dipanggil terdiri daripada pegawai badan awam dan syarikat milik kerajaan (GLC). SPRM akan menangkap individu-individu ini yang terlibat tidak kira ‘jerung’ atau ‘ikan bilis’ kerana perbuatan sedemikian.

SPRM sedaya upaya cuba membersihkan perkhidmatan awam termasuk GLC daripada gejala ini dan usaha digemblengkan untuk mengesan pegawai badan awam yang terlibat dalam kegiatan rasuah,” katanya kepada Bernama di sini.

Sejak Ogos lalu, negara telah digegarkan dengan beberapa siri penangkapan oleh SPRM yang melibatkan beberapa individu penting dalam agensi kerajaan sehingga mereka didakwa di mahkamah.

Mereka termasuklah pegawai tinggi di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bank Rakyat.

“SPRM sentiasa mengambil langkah-langkah holistik untuk membendung perbuatan rasuah dan salahguna kuasa kerana ia merupakan satu perkara yang boleh memudaratkan ekonomi negara sekali gus memberi impak negatif kepada kehidupan rakyat selain menyebabkan masalah sosial yang serius.

Kita tidak mahu perkara sedemikian berlaku dan menyebabkan rakyat sengsara akibat perbuatan segelintir orang yang tidak berintegriti,” katanya.

Azam berkata tindakan ini selaras dengan hasrat Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang mahu SPRM memberi tumpuan untuk membasmi rasuah dalam agensi penguatkuasaan, kawal selia, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Azam juga berkata tindakan agresif SPRM membuktikan pihaknya tidak akan bertolak ansur jika siasatan membuktikan terdapat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai sektor awam.

“Kejayaan SPRM menahan beberapa pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan baru-baru ini merupakan hasil kerjasama dan sokongan daripada orang ramai secara berterusan.

SPRM akan menyiasat semua kes dengan terperinci dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Maka tidak wujud isu kes kecil atau besar.

“Selagi sesuatu kes mempunyai unsur rasuah, SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang yang ada,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd