• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Tabika Kemas Setanding Tadika Swasta – Ismail

oleh Ahmad Albab
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIPITANG – Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan diperkasa agar setanding dengan sistem pendidikan awal kanak-kanak di Tadika swasta, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata perkara itu penting bagi memastikan program pendidikan awal kanak-kanak di Tabika Kemas menjadi pilihan utama ibu bapa untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan awal.

“Banyak perkara yang kita telah dan akan lakukan ke arah memperkasakan program pendidikan awal kanak-kanak Tabika Kemas. Setakat ini 50 peratus tenaga pengajar Tabika Kemas mempunyai diploma bagi memastikan sistem pendidikan yang disampaikan berkualiti dan setanding dengan Tadika swasta.

“Kita juga akan menaik taraf semua Tabika Kemas yang sudah uzur di seluruh negara bagi memastikan ia selesa dan dapat menarik minat ibu bapa khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar untuk menghantar akan mereka ke Tabika berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Kemas 4U Peringkat Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir di majlis itu Anggota Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sidumin, Datuk Ahmad Bujang.

Ismail Sabri berkata pihaknya mahu mengubah presepsi ibu bapa yang manganggap sistem pendidikan di Tadika swasta adalah lebih baik berbanding di Tabika Kemas.

“Kita lihat ibu bapa khususnya di kawasan bandar lebih memilih untuk menghantar anak mereka ke Tadika swasta walaupun bayaran yang agak mahal berbanding Tabika Kemas kerana mereka mempunyai tanggapan bahawa sistem pendidikan di Tadika swasta lebih berkualiti.

“Oleh itu kita akan terus memperkasa Tabika Kemas dengan pelbagai perancangan termasuk menambah beberapa subjek baharu seperti pendidikan Islam,” katanya.

Sementara itu beliau berkata kementeriannya telah memperuntukkan RM5 juta untuk melaksanakan Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur) di seluruh negara sepanjang tahun ini yang melibatkan 500 peserta.

Beliau berkata Mobilepreneur dengan menggunakan motosikal itu merupakan konsep perniagaan baharu yang diperkenalkan untuk membantu usahawan belia.

“Kita akan bagi seorang RM10,000 yang meliputi kos membeli motosikal, pembelian peralatan dan untuk latihan.

“Perniagaan menerusi Mobilepreneur lebih mudah tanpa memerlukan modal besar untuk membuka premis perniagaan sekali gus mampu menjimatkan kos usahawan muda” tambah Ismail Sabri.

Mengulas mengenai Program Kemas 4U, beliau berkata ia merupakan mekanisme turun padang Kemas selaras dengan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam 1Malaysia’ yang telah diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

“Melalui pelaksanaan program ini, masyarakat dapat turut sama secara langsung bagi menggerakkan penglibatan aktif komuniti setempat untuk merealisasikan Wawasan Desa yang Maju, Makmur, dan Sejahtera.

“Selain itu pada program ini, jabatan kerajaan dan swasta juga boleh menghebahkan kepada rakyat akan dasar, pendekatan serta aktiviti yang dilaksanakan setiap program yang mereka laksanakan, selain dapat mendengar maklum balas daripada rakyat yang sememangnya amat berguna dalam merancang program baharu pada masa hadapan untuk manfaat rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriKEMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd