• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Miliki 98 Liter Ubat Batuk & Ambil Dadah, Didenda RM2,000

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bapa empat anak didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 98 liter ubat batuk (promethazine) dan mengambil dadah jenis methamphetamine pada Jun lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid memerintahkan tertuduh Khairul Rijal Mustafa, 39, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu bagi setiap pertuduhan.

Pembantu kedai makan itu mengaku salah terhadap pertuduhan memiliki ubat batuk itu di Jalan 1/132, Gasing Indah, Brickfields di sini pada 11 malam, 17 Jun lepas mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Dia juga mengaku salah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, pada 12.45 malam, 18 Jun lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan Akta 1167/2002) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagaimanapun peguam Aminruddin Salleh yang mewakili tertuduh merayu hukuman berbentuk denda kerana anak guamnya perlu menyara empat orang anaknya yang masih kecil. – BERNAMA

Tags: dadahubat batuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd