• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Dakwa Persatuan Hokkien Tidak Buka Ruang Dialog

oleh Ahmad Albab
19/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mendakwa Persekutuan Persatuan Hokkien tidak mengambil kesempatan untuk memahami tentang pindaan Akta355 sewaktu perbincangan diadakan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Persekutuan Persatuan Hokkien tidak bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog dengan wakil PAS dalam pertemuan itu bagi memahami kedudukan sebenar isu Pindaan Akta 355.

“Sewajarnya kunjungan PAS ke Pejabat Persekutuan Persatuan Hokkien tempohari diambil kesempatan sepenuhnya untuk bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog.

“Namun malang, mereka tidak membuka ruang dialog dan tiada sebarang pertanyaan diajukan sedangkan Presiden PAS memberi penerangan dengan bahasa yang sangat mudah dan terus kepada subjek perbincangan secara jelas,” dedahnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin berkata, PAS bagaimanapun menawarkan dialog berterusan dengan Persekutuan Persatuan Hokkien bagi memahamkan mereka tentang usaha meminda Akta 355 yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini.

“Presiden Persekutuan Persatuan Hokkien, Datuk Khoo Chai Kaa menegaskan beliau masih tidak memahami penjelasan yang telah diberikan dan berhasrat akan tetap meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan Akta 355.

“Kami bagi pihak PAS, InsyaAllah tidak akan pernah penat untuk terus membuka ruang dan peluang dialog serta penerangan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien sehingga mereka benar-benar memahami isu pindaan Akta 355 ini.

“Janganlah bertindak dan membuat penentangan terhadap Islam mahupun Pindaan Akta 355 tanpa memahami apakah kedudukannya yang sebenar kerana ia merendahkan moral dan peribadi,” katanya.

Portal berita pembangkang semalam melaporkan Persekutuan Persatuan Hokkien akan tetap meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah pindaan Akta 355 yang sedang diusahakan PAS di Parlimen.

Persekutuan Persatuan Hokkien mendakwa kononnya mereka tidak memahami penerangan yang diterangkan oleh Presiden PAS mengenai pindaan akta itu semalam. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Kaum CinaPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkuasa Jika Parti Melayu Memilih Terus Berpecah – Annuar

DAP Berkuasa Jika Parti Melayu Memilih Terus Berpecah – Annuar

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru UMNO kembali menjalin kerjasama politik bersama PAS dan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd