• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Diminta Siasat Pencerobohan Nelayan Asing

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Gabungan Persatuan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aktiviti menangkap ikan oleh nelayan luar negara dipercayai Vietnam di perairan Pulau Mengalun dekat perairan Kota Kinabalu.

Pengerusinya, Arsani Arsat berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku berikutan terdapat pasukan penguatkuasaan yang mengawasi dan memantau aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

“Dipercayai kira-kira 22 kapal Vietnam menangkap ikan di perairan Mengalun menggunakan lesen yang berdaftar daerah Menumbok di bawah Jabatan Perlabuhan dan Dermaga Sabah serta memiliki lesen Jabatan Perikanan negeri Sabah.

“Ini satu kesalahan klon atau duplicate lesen…apa yang difahamkan tiada lesen dikeluarkan kepada kapal-kapal asing,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas selesai dialog bersama pemain-pemain industri termasuk operator pelancongan, perkapalan nelayan serta persatuan dewan perniagaan bagi Zon Selamat Pantai Timur Sabah, di sini, Ahad.

Arsani berkata aduan telah dibuat, namun difahamkan bahawa kapal-kapal itu mempunyai perjanjian persefahaman (MoU) bersama pihak kerajaan negeri Sabah.

“Namun perkara ini, telah dinafikan oleh Jabatan Perikanan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ini kesemua kapal nelayan dipercayai dari Vietnam itu tidak lagi berada di perairan Sabah. – BERNAMA

Tags: NelayanSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd