• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Alami Radang Paru-Paru Akibat Kebocoran Gas Klorin

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pekerja sebuah kilang memproses bahan kimia di sini disahkan mengalami radang paru-paru akibat terhidu gas klorin selepas berlaku kebocoran gas di kilang itu, semalam.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pekerja tersebut seorang lelaki kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Pekerja kilang berkenaan kini menggunakan alat bantuan pernafasan. Petanda penting lain seperti tekanan darah dan denyutan jantung normal.

“Kami berikannya ‘muscle relaxants’ dan biarkan dia tidur,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Whatsapp hari ini.

Selain itu, Dr Juita berkata seorang anggota bomba yang mengalami keletihan ketika melakukan kerja-kerja meneutralkan gas klorin berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya anggota terbabit kini dirawat di wad biasa HRPB, namun masih diletakkan di bawah pemerhatian.

Dalam kejadian 10 pagi semalam, sebuah tangki asid ferik di kilang memproses produk kloralkali di Kampung Baru Bukit Merah, Menglembu jatuh dan pecah sehingga menyebabkan bahan cecair itu bercampur dengan hipoklorit pada paip seterusnya menghasilkan gas klorin.

Akibat daripada kejadian itu, enam anggota bomba mengalami keletihan selepas memikul lima tan sodium bagi meneutralkan gas klorin yang bocor. – BERNAMA

Tags: kilangpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd