• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Tidak Percaya Pada Sistem Demokrasi Negara

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Cadangan 13 kerusi tambahan bagi kawasan persempadanan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) adalah berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan dan amalan dalam sistem demokrasi negara.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata perlembagaan memperuntukkan bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu boleh dilaksanakan setiap lapan tahun.

Justeru, pihak pembangkang perlu memahami peruntukan dalam perlembagaan berkaitan penambahan kerusi DUN serta percaya terhadap sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin baru-baru ini kononnya penambahan kerusi tersebut membuka peluang kepada warga asing menjadi pengundi hantu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Khamis lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenaraikan cadangan pengagihan kerusi-kerusi baharu itu yang boleh disemak sehingga 14 Oktober ini di pejabat pos dan pejabat daerah.

Kerusi berkenaan ialah N.02 Bengkoka, N.06 Mangaris, N.08 Pintasan, N.13 Pantai Dalit, N.17 Darau, N.24 Tanjung Dumpil, N.27 Dambai, N.44 Tulid, N.47 Telupid, N.51 Sungai Manila, N.58 Lamag, N.61 Segama dan N.70 Kukusan.

Pada Ogos lepas, sidang DUN Sabah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sabah untuk meminda Perkara 14 Fasal (2) Perlembagaan Negeri Sabah bagi menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada 73, berbanding 60 ketika ini. – BERNAMA

Tags: Abdul Rahman DahlanDemokrasipembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

Pembangkang Memutar Naratif, Dialog Bukan Derhaka – Pemimpin AMK

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pembangkang didakwa sengaja memutar naratif bagi menggambarkan seolah-olah wujud ketegangan antara kerajaan dan Sultan Selangor. Pengarah Pilihan...

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

UMNO Negeri Sembilan Rela Jadi Pembangkang Daripada Bersama PH

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO Negeri Sembilan lebih rela menjadi pembangkang daripada bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran kerajaan negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd