• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Penumpang Nyaris Maut Bas Jatuh Ke Lereng Bukit

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 19 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila bas yang mereka naiki itu terbabas dan terbalik lalu jatuh ke lereng bukit berhampiran simpang ke Tabung Haji di Jalan Keratong dekat Rompin petang ini.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Rompin, Abdul Satar Harun berkata pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian itu pada 4.02 petang dan jentera tiba di lokasi 26 minit kemudian.

“Sesampai di lokasi kejadian kita dimaklumkan bahawa seorang penumpang wanita cedera telah dibawa ke hospital, saya difahamkan penumpang itu patah kaki.

“Lapan belas penumpang lain termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan. Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Satar berkata seramai tujuh anggota bomba termasuk pegawai terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan kekuatan sebuah jentera.

Beliau berkata difahamkan bas ekspres itu terbabas kerana cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang tiba-tiba masuk ke simpang secara mengejut. – BERNAMA

Tags: bas ekspreskemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd