• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Sekolah Dalam Gua Untuk Didik Generasi Muda

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUIZHOU – Masyarakat di selatan China yang dahagakan ilmu pengetahuan mengambil inisiatif sendiri dengan membuka sebuah sekolah rendah di dalam gua untuk mendidik generasi muda.

Sekolah unik yang terletak di Zhondong itu malah dipercayai telah lama beroperasi sejak 1984 dengan lapan orang guru dan 186 orang pelajar.

Difahamkan mereka tidak mempunyai pilihan lain memandangkan kawasan kediaman mereka berada di ketinggian 1,800 meter dan memerlukan pendakian selama kira-kira satu jam untuk ke sana.

Bina Sekolah Dalam Gua Untuk Didik Generasi Muda

Kebanyakan kemudahan yang terdapat di sekolah itu adalah hasil kerja tangan penduduk setempat seperti bilik darjah kayu dan gelanggang bola keranjang.

Seorang bekas guru besar di sekolah tersebut turut menyifatkan kawasan persekitaran di sana sebagai sempurna bagi pembelajaran dalam bidang geologi.

Walau bagaimanapun, pada 2011 sekolah tersebut terpaksa ditutup selepas mendapat tentangan daripada pihak kerajaan.

“China bukannya terdiri daripada masyarakat gua,” katanya.

Bina Sekolah Dalam Gua Untuk Didik Generasi Muda

Akibatnya, para pelajar di sana perlu menempuh perjalanan selama dua jam pada setiap hari untuk ke sekolah berhampiran.

Meskipun hubungan dengan negara luar terbatas, penduduknya bertegas untuk mempertahankan penempatan mereka.

Pun begitu, mereka tetap berusaha meminta pihak kerajaan membina jalan penghubung untuk kemudahan mereka dan dunia luar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinaGuaSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

Agong Nasihatkan Sekolah Di Kawasan Terjejas Teruk Jerebu Ditutup, Utamakan Keselamatan Pelajar

08/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihatkan supaya sekolah di kawasan terjejas akibat jerebu ditutup susulan bacaan Indeks...

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua sekolah di seluruh Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd