• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Temui Senapang Patah Dilarikan 5 Perompak

oleh AK-47
16/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Polis menjumpai selaras senapang patah yang dipercayai dilarikan lima penjenayah semasa melakukan rompakan di sebuah rumah di Kampung Kol Damak, di sini, awal pagi Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt. Azid Ismail berkata senapang itu dijumpai di kebun kelapa sawit kira-kira 12 tengah hari semalam, hasil maklumat penduduk kampung.

“Senjata itu ditemui kira-kira 150m daripada rumah mangsa rompakan,” katanya ketika dihubungi oleh Bernama hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, kumpulan penjenayah itu, dipercayai warganegara Indonesia, menyamun sebuah keluarga di kampung tersebut dan melarikan senapang dan sejumlah barangan kemas dan wang tunai bernilai RM10,000.

“Semua jalan, pintu keluar masuk ke daerah ini serta jalan kampung dan jalan tikus telah pun dipantau dan dikepung untuk memberkas penjenayah tersebut yang dipercayai masih lagi berada dalam daerah ini,” katanya.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: anggota polisJenayahpolisrompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd