• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilik ICT Jabatan Perhutanan Musnah Dalam Kebakaran

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengalami kerugian lebih RM20 juta selepas bilik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) jabatan itu musnah dalam kebakaran di Jalan Sultan Salahuddin di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira 10 pagi itu menyebabkan bilik yang menempatkan peralatan teknologi maklumat jabatan di tingkat atas bangunan tiga tingkat itu musnah sepenuhnya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim berkata kesemua barangan yang musnah ini merupakan aset-aset komputer Jabatan yang bernilai tinggi.

“Antara aset yang musnah ialah set komputer, pencetak pelan, mesin pengimbas dan peralatan ‘server’.

“Bagaimanapun, rekod penting perhutanan berjaya diselamatkan kerana pihak pengurusan telah membuat salinan pendua melalui Pelan Komunikasi Krisis Jabatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mohd Samsol Maarif Saibani berkata sejumlah 27 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Hang Tuah, Hartamas serta Taman Tun Dr. Ismail telah digegaskan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Kita menerima panggilan pada 10.28 pagi tadi dan tiba kira-kira 10 minit kemudian. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 10.59 pagi,” katanya.

Mohd Samsol berkata pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian dan tiada kemalangan jiwa direkodkan kerana waktu kejadian pejabat jabatan itu ditutup sempena cuti Hari Malaysia.

“Siasat awal mendapati kebakaran ini berkemungkinan berpunca dari litar pintas dari bilik komputer dan ‘server’ di bangunan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jabatan Perhutanankebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd