• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Sosilawati: Pendengaran Rayuan 31 Okt

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan menetapkan pendengaran rayuan empat lelaki yang didapati bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya, selama tujuh hari bermula 31 Oktober depan.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili seorang daripada perayu, R. Matan mengesahkan tarikh pendengaran rayuan anak guamnya ditetapkan dari 31 Oktober hingga 8 November, kecuali pada hujung minggu.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan semasa prosiding pengurusan kes yang lepas di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, pada 9 Jun tahun ini.

Bekas peguam, N.Pathmanabhan dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, Matan, dan R.Kathavarayan dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Mei 2013, kerana membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka didapati bersalah melakukan jenayah itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat antara pukul 8.30 malam hingga 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Sosilawati dan tiga pembantunya dilaporkan hilang selepas mereka didakwa pergi ke Banting atas urusan tanah.

Pathmanabhan, 46 dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 24, Matan, 25, dan R. Kathavarayan, 36, gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 4 Disember lepas.

Seorang daripada anggota panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat berkata rayuan keempat-empat perayu ditolak kerana terdapat bukti langsung menunjukkan Sosilawati dan pembantunya berada di ladang milik Pathmanabhan yang merupakan lokasi pembunuhan.

Proseding yang bermula 31 Oktober depan itu merupakan rayuan terakhir mereka di Mahkamah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: mahkamahSosilawati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd