• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Rasmi Pecah Tanah MRT Laluan SSP Bernilai RM32b

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan upacara pecah tanah projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) bernilai RM32 bilion, yang kedua selepas laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Upacara pecah tanah laluan sepanjang 52.5 kilometer itu menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Greater Kuala Lumpur untuk mencapai 40 peratus penggunaan pengangkutan awam dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Setakat akhir 2015, penggunaannya sebanyak 25 peratus. Laluan pertama MRT-SBK, yang dibina pada kos RM23 bilion, kini 89 peratus siap.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan, Datuk Najmuddin Abdullah berkata laluan SSP akan mempunyai bilangan penumpang harian yang lebih besar sebanyak 530,000 orang, manakala laluan SBK akan menyaksikan penumpang harian sebanyak 440,000 orang.

Proses tender bagi laluan SSP masih dilaksanakan dengan 23 pakej kerja telah dianugerahkan setakat ini, kata beliau baru-baru ini.

Daripada laluan sepanjang 52.2 kilometer itu, laluan SSP akan mempunyai 24 stesen dengan 11 stesen bawah tanah di sepanjang 13.5 kilometer.

“Pembangunan laluan SSP ini adalah sangat penting untuk pertumbuhan mampan Kuala Lumpur. Ketiga-tiga laluan MRT ini akan menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam di bandar ini, yang juga termasuk transit aliran ringan, monorel dan KTM Komuter.

“Laluan SSP akan menyediakan akses terutamanya ke kawasan pekerjaan, komersil, kediaman, pendidikan dan rekreasi,” katanya.

Mengenai pembangunan SBK, Najmuddin berkata metro bersedia untuk memulakan fasa pertama operasinya pada Disember.

“Keseluruhan laluan akan siap untuk digunakan orang ramai pada Julai tahun depan. Setakat ini, kami telah memastikan kos pembangunan dalam anggaran belanjawan,” katanya.

Laluan SBK dan SSP akan disokong oleh 58 tren bagi setiap laluan. – BERNAMA

Tags: MRTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd