• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31 Rumah Taman Balok Makmur Rosak Dipikul Ribut

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sebanyak 31 buah rumah di Taman Balok Makmur di sini, mengalami kerosakan akibat dipukul ribut pada kira-kira pukul 11 malam tadi.

Seorang mangsa Nadia Shamsuddin, 32, berkata semasa kejadian, beliau bersama-sama tiga anaknya berusia antara sembilan dan tiga tahun berada di dalam bilik sedang bersiap untuk tidur.

“Saya terkejut apabila mendengar bunyi atap tercabut. Tanpa berlegah, saya pantas memeluk anak. Kejadian begitu pantas, apabila ribut sudah hendak reda, saya keluar mencari ayah dan ibu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nadia berkata beliau bersyukur kerana orang tuanya Shamsuddin Abdullah, 69, dan Juariah Abdul Rashid, 65, yang sedang berehat di dalam bilik kerana tidak sihat tidak mengalami kecederaan.


Suri rumah Ramlah Abu Hassan, 52, berkata beliau hanya mampu mencapai telefon bimbit dan terus berlindung di bahagian dapur apabila menyedari atap rumahnya mula diterbangkan angin.

Beliau menambah kejadian itu merupakan kali pertama dialami beliau sejak tinggal di perumahan itu hampir 20 tahun yang lalu dan bersyukur kerana semasa kejadian, suami Mohd Noor Ibrahim, 55, serta anak mereka Nur Safira, 21, tiada di rumah.

“Saya berlindung di dapur sehingga keadaan agak reda sebelum berlari ke rumah jiran melalui pintu belakang. Di sana baharu saya hubungi suami untuk maklumkan kejadian,” katanya yang kini menumpang di rumah jiran.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid berkata mangsa kejadian telah menerima sumbangan wang tunai daripada tabung kecemasan UMNO Bahagian Indera Mahkota mengikut tahap kerosakan bagi meringankan beban mereka.

Beliau menambah buat sementara waktu, ada di antara mangsa yang menumpang di rumah keluarga, jiran dan bilik gerakan UMNO bahagian sebelum tindakan lanjut diputuskan.

Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Balok Makmur Mohd Noor Ibrahim pula berkata pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) serta bomba telah menghulurkan bantuan kepada mangsa. – BERNAMA

Tags: ributRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd