• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tak Gentar Hadapi Ancaman Parti Pribumi

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – UMNO sudah melalui pelbagai episod hebat penentangan parti politik lain terhadap pemimpin dan parti, maka ia tidak gentar menghadapi ancaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) termasuk pada pilihan raya akan datang, kata seorang pemimpin UMNO negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata tidak dinafikan parti itu akan membawa ancaman baharu, namun ini bukan kali pertama UMNO berdepan dengannya.

“Kami sudah melalui pelbagai episod pengalaman yang lebih hebat daripada itu dan terbukti UMNO mampu mengatasinya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Perdana Parlimen Kepala Batas di Lahar Kepar di sini hari ini.

Mengulas lanjut Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata lihat sahaja apa yang dilalui UMNO pada 1988 yang ketika itu menyaksikan hampir dua pertiga ketua bahagian dan 20 peratus ketua-ketua Pemuda dan Wanita keluar parti pada tahun 1998 sewaktu krisis perlucutan jawatan bekas Timbalan Presidean UMNO Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dulu yang menentang bekas Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamed siapa, selepas UMNO diharamkan, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, dan satu pertiga Kabinet beliau (Dr Mahathir).

“Bapa Kemerdekaan yang juga Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj), Perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn (juga pernah ditentang), tetapi kami dapat menghadapinya bukan sebab Tun Dr Mahathir, tetapi sebab UMNO. Itu pun UMNO masih mengekalkan kepimpinan pada masa itu,” katanya.

Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata biarpun kini cabaran terhadap parti itu datang daripada orang yang pernah menjadi ‘nombor satu’ dalam UMNO, ia tidak bererti UMNO tidak boleh menempuhi halangan dan cabaran.

Dalam pada itu Reezal Merican berkata sebanyak 55 ekor lembu telah dikorbankan pada majlis itu.

Di BERA, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri berkata tindakan dua veteran UMNO Johor keluar parti tidak menghairankan beliau kerana mereka mempunyai hubungan peribadi dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulai Datuk Tosrin Jarvanti sememangnya amat rapat dengan Muhyiddin kerana pernah menjadi pegawai khas beliau.

“Tindakan mereka tidak melemahkan parti kerana saya tidak nampak ia berkaitan dengan UMNO,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada program Korban Perdana Parlimen Bera di Masjid Daerah Bera di sini, hari ini.

Sabtu lepas, Tosrin dan bekas Pengerusi Tetap UMNO Gelang Patah Datuk Baharom Abdul Ghani mengumumkan keluar parti kerana mendakwa tidak lagi bersefahaman dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata beliau yakin anggota UMNO tidak terpengaruh dengan PPBM, yang dianggapnya tidak mempunyai asas perjuangan yang jelas.

“PPBM ditubuhkan atas dasar personal, marah dan tidak puas hati,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan bekas Dr Mahathir yang bersedia bekerjasama dengan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada, beliau berkata bekas perdana menteri itu terkenal sebagai individu yang boleh melakukan apa sahaja demi kepentingan politik dan peribadi.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau tidak pernah menyaksikan insiden bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menerima tekanan pada mesyuarat Kabinet.

Sepanjang berada dalam Kabinet, katanya tiada seorang pun menteri menerima tekanan walaupun ada di antara mereka memberikan kenyataan terlebih dahulu sebelum perkara itu dibawa ke pengetahuan Kabinet.

“Kita sangat terbuka di Kabinet. Kalau ada menteri beri pandangan, mereka diberi ruang secukupnya untuk beri penjelasan. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan beliau mengenai tekanan,” katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tentang dakwaan Ahmad Husni menerima tekanan hingga menyebabkannya mengambil keputusan meletak jawatan dalam Kabinet dan UMNO pada 27 Jun lepas, dan mengekalkan jawatan Anggota Parlimen Tambun sebagai menghormati keputusan pengundi.

Ismail Sabri berkata sebagai bekas menteri Kabinet, Ahmad Husni tidak sepatutnya menghebahkan kepada umum perkara yang berlaku di Kabinet terutamanya kejadian yang tidak pernah berlaku kerana beliau telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia sebagai menteri. – BERNAMA

Tags: PPBMUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd