• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aiyah, Rendang, Mamak Sudah Ada Dalam Kamus Oxford

oleh
13/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Aiyah, yok makan char kway teow di kopitiam – itulah antara perkataan-perkataan asing yang kini sudah disertakan secara rasmi dalam leksikon terbaharu Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED).

Kata seru popular seperti ‘aiyah’ dan ‘aiyoh’ yang lazimnya digunakan dalam pertuturan harian di Singapura dan di rantau Asia tenggara untuk meluahkan rasa kecewa atau menyerah kalah, malah diiktiraf oleh OED dalam versinya yang dikemas kini mulai 12 September.

Kamus rujukan popular itu juga menyertakan ‘Ah Beng‘ – perkataan yang biasa digunakan di Malaysia dan Singapura untuk menyifatkan pemuda-pemuda Cina yang riuh serta bergaya kampung – selain perkataan ‘atas’ yang digunakan untuk menyifatkan status sosial tinggi.

Perkataan ‘ang pow‘ – bermaksud ‘hong bao’ dalam dialek Cina lain atau sampul merah yang diberikan semasa acara khas – juga disertakan dalam keluaran terkini OED, kamus terulung bahasa Inggeris yang mula diterbitkan pihak Oxford University Press di Britain sejak 1888.

Seperti versinya yang lalu, beberapa nama makanan asing juga dipaparkan secara ketara, antaranya ‘char kway teow’, ‘rendang’ dan ‘nasi ayam’ apabila ditambah pada perbendaharaan kata dalam kamus tersebut, menurut laporan agensi berita MediaCorp Singapura.

oxford-english-dictionary

Perkataan-perkataan baharu yang disertakan termasuk sesetengahnya adalah hidangan cukup dikenali mereka yang tinggal di sekitar Asia tenggara, seperti ‘balut’ iaitu sejenis makanan jalanan yang biasanya dijual secara luas oleh penjaja kecil di Filipina dan Indonesia.

Tidak ketinggalan ialah perkataan ‘mamak’ dan ‘kopitiam’ yang masing-masing merujuk kepada panggilan mesra untuk pengusaha restoran masakan India dan premis kedai kopi kaum Tionghua turut disertakan dalam entri edisi terbaharu kamus Inggeris British berkenaan.

Istilah perkataan Melayu yang banyak dipinjam daripada bahasa klasik seperti Sanskrit juga bukan asing dalam OED bahkan sering digunakan antaranya amuk, guru, durian, kampung, kancil, keris, orang utan, parang, rambutan, ringgit, sambal, sarung, silat dan sate.

Para sidang redaksi OED juga dilaporkan menambah perkataan ‘bocconcini‘ – sejenis keju mozarella kecil bersaiz telur – telah pun diiktiraf sebagai perkataan bahasa Inggeris yang rasmi selain watak popular filem epik Star Wars, Yoda, yang terkenal dengan nasihat-nasihatnya.

Kamus yang berusia 150 tahun itu kini mempunyai koleksi 600,000 perkataan selain memperkenalkan versi secara talian sejak tahun 2000. Ia biasanya dikemas kini setiap tiga bulan, dan akan dikemas kini seterusnya pada Disember 2016. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kamusOxford
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

Oxford Pilih ‘Brain Rot’ Sebagai Perkataan Tahun 2024

02/12/2024
0

MOSCOW - Oxford University Press memilih istilah slanga 'brain rot' sebagai perkataan tahun ini melalui undian awam, lapor Sputnik. IKUTI...

Invoke, IDE Lebih Tepat Daripada Oxford Economics?

15/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan mendakwa kajian badan penganalisis bebas antarabangsa, Oxford Economics yang berpangkalan di beberapa buah negara bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd