• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Kepentingan Politik Sokong RUU355 – PAS

oleh Ahmad Albab
11/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyeru umat Islam Malaysia terutama Ahli Parlimen melakukan pengorbanan dengan menyokong penuh usaha parti itu untuk meminda Akta 355 di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, pengorbanan itu perlu dilakukan terutama oleh Ahli Parlimen beragama Islam untuk mengenepikan agenda kepentingan politik mereka.

“Dewan Ulama PAS Pusat menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar melakukan pengorbanan demi memartabatkan Islam dinegara yang tercinta ini.

“Kita berada diambang perbahasan parlimen berkenaan RUU355 yang sangat memerlukan pengorbanan yang besar daripada seluruh pihak terutamanya daripada Ahli-ahli Parlimen beragama Islam untuk mengorbankan segala agenda kepentingan institusi yang diwakili oleh mereka demi melihat Islam terus diperkasakan sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Islam adalah agama rasmi negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Mahfodz berkata, Aidiladha adalah lambang dan syiar pengorbanan umat Islam terhadap agamanya yang menjadi tonggak utama kepada kemenangan Islam di dunia atau di akhirat.

RUU355 yang dibawa oleh PAS di Parlimen bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah ditentang hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan.

Malah, pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari pernah mendakwa pindaan ke atas akta itu akan mengundang pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini.

Dakwa beliau, hudud jika dilaksanakan di Malaysia akan mengundang bias sosial ke atas golongan wanita, orang miskin dan masyarakat minoriti.

Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera memberi contoh hukuman sebat akan dikenakan ke atas mereka yang berzina, membuat fitnah dan minum arak manakala penjara ke atas mereka yang murtad atau berfahaman Syiah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd