• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlu Amal 7 Prinsip Untuk Kekal Relevan

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – UMNO perlu mengamalkan tujuh prinsip penting untuk kekal relevan, sekali gus memastikan survival parti keramat itu, kata Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tujuh prinsip itu perlu diamalkan bagi menentukan kekuatan parti dalam Menghadapi saingan politik di negara ini.

Salleh yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata tujuh prinsip itu ialah perjuangan, jangan berpecah, kena ada ketua, kerja berpasukan, mempunyai dasar parti yang jelas dan selari dengan rakyat, pendekatan yang sesuai dan berani serta bijaksana.

“Tujuh prinsip ini merupakan formula yang terbaik bagi menentukan kekuatan parti dalam menghadapi saingan politik dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan.

Salleh berkata tujuh prinsip itu sesuai bagi memastikan bahawa UMNO terus relevan dan berkekalan sejajar dengan perjuangan UMNO seperti diperuntukkan dalam Fasal 3, perlembagaan parti iaitu memperjuangkan bangsa dan agama.

Sementara itu, beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu risau dengan kewujudan parti baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana ia diyakini tidak akan menjejaskan parti.

Katanya apa yang lebih penting adalah untuk menerangkan kepada anggota parti dan mereka di luar parti tentang kenapa mereka perlu memberi sokongan padu kepada BN dan juga UMNO.

“Parti baharu ini diwujudkan untuk tujuan-tujuan yang tertentu dan saya yakin antara mereka (pemimpin parti baharu) nanti sudah pasti akan ada pergelutan kerana masing-masing ada kepentingan politik,” katanya.

Salleh berkata anggota UMNO tidak seharusnya risau kerana memang menjadi kebiasaan di mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan wujud perkembangan seperti itu.

“Saya lihat parti baharu ini tidak akan menjejaskan kedudukan parti memerintah kerana penubuhan parti tersebut untuk kepentingan politik semata-mata dan di antara mereka itu ada persaingannya,” katanya.

Salleh berkata jika dibandingkan antara BN dengan parti lawan, sudah tentu banyak kebaikan yang dapat dilihat pada UMNO dan BN yang telah berjaya membawa lebih kestabilan dan kedamaian dan itu akan dapat diteruskan jika mereka (rakyat) bersama-sama BN.

“BN sahaja yang mempunyai dasar yang selari dengan kehendak rakyat, dasar yang memberi kepada rakyat peluang pekerjaan, (pelbagai) peluang diberikan kepada rakyat di negara kita Malaysia ini tetapi mereka (parti lawan) tidak mempunyai dasar sedemikian, mereka hanya sekadar untuk berebut kuasa semata-mata tanpa keikhlasan yang jelas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata anggota dan pemimpin UMNO perlu memberi penjelasan kepada rakyat.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan bekas Perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Salleh berkata ia adalah sekadar mencari publisiti.

Menurutnya perjuangan Dr. Mahathir dan Anwar tidak akan selari kerana pandangan politik mereka adalah berbeza. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd