• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Guru Maut, 2 Parah Kemalangan Di LPT2

oleh AK-47
13/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Hasrat tiga bakal guru untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan di Km265, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira 3.40 petang itu, Nik Haikal Amir Hassan, 20, maut di tempat kejadian manakala dua rakannya Muhammad Amin Ahmad Saifuddin dan Mohd Bashsyir Bukhari masing-masing berusia 20 tahun cedera parah.

Bakal Guru Maut, 2 Lagi Parah Kemalangan Di LPT2

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Normansah Din ketika dihubungi Bernama berkata kejadian berlaku ketika ketiga-tiga pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat itu dalam perjalanan ke Kelantan.

Katanya nahas itu dipercayai berlaku selepas kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu Nik Haikal dipercayai terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Susulan rempuhan itu menyebabkan Nik Haikal tercampak ke tengah jalan manakala dua rakannya terperangkap di dalam kenderaan sebelum dibantu oleh orang ramai.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala dua yang parah turut menerima rawatan di hospital sama, katanya. – BERNAMA

Tags: Gurukemalangankemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd