• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Maut Dalam Kemalangan Babitkan Kenderaan Di Kedah

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Dua lagi disahkan meninggal dunia menjadikan keseluruhan lima maut dalam kemalangan melibatkan sebuah teksi dan dua buah kereta di Jalan Alor Setar-Sungai Petani berhampiran Batu 16, Padang Lumat dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata kemalangan kira-kira 9 malam tadi itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara dinaiki tiga lelaki memasuki laluan bertentangan ketika dalam perjalanan ke Sungai Petani.

Beliau berkata kereta terbabit kemudian bertembung dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dinaiki tiga sekeluarga.

5 Maut Dalam Kemalangan Babitkan Kenderaan Di Kedah

“Pelanggaran itu menyebabkan teksi terbabit berpusing dan dilanggar sebuah lagi kereta jenis Proton Persona,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya pemandu teksi, Ooi Guan Seng, 72, serta pemandu kereta Proton Iswara, Ahmad Arif Othman, 27, bersama penumpang kereta itu, Mohamad Azzmi Azizan, 32, maut di tempat kejadian.

5 Maut Dalam Kemalangan Babitkan Kenderaan Di Kedah

Beliau berkata isteri Ooi, Tai Cheng Kee@Teh Suan Kee, 69, dan kakaknya Ooi Lian Choo, 76, pula disahkan meninggal dunia di Hospital Yan kira-kira 11 malam dan 3 pagi tadi.

Muhamad Halim berkata seorang lagi mangsa iaitu penumpang belakang kereta Iswara, Hajir Ibrahim, 53, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Katanya pemandu Proton Persona, seorang lelaki berusia 29 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangankemalangan mautkereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd