• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Mohon Lebih Banyak Sekolah Aliran B.Inggeris

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Sarawak telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan lebih banyak sekolah swasta aliran bahasa Inggeris di negeri itu untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata kerajaan negeri telah mengikrarkan sokongannya bagi pewujudan lebih banyak sekolah itu, yang menumpukan terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.

“Kami mengiktiraf keseragaman dasar pendidikan kebangsaan yang ditetapkan untuk dicapai tetapi ia tidak semestinya bermaksud perpaduan,” katanya pada majlis perbarisan bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Stadium Miri hari ini.

Adenan berkata negeri mempunyai autonomi terhadap pendidikan dan patut diberikan kebebasan untuk memutuskan dasarnya sendiri bagi disesuaikan dengan keperluannya.

Beliau berkata kerajaan negeri mahukan lebih banyak sekolah aliran bahasa Inggeris kerana penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di negeri ini adalah lemah.

Beliau menzahirkan kebimbangan dengan anggaran lebih 20,000 siswazah dari Sarawak yang baru menamatkan pengajian akan berdepan kesukaran untuk mendapat kerja berikutan ketidakupayaan menguasai bahasa Inggeris.

“Perlu lebih praktikal, seperti Singapura dan negara-negara lain; kami belum terlambat,” katanya dan menurutnya Sarawak tidak mahu siswazah yang baru menamatkan pengajian menjadi ‘penganggur dan tidak diambil bekerja’ akibat kelemahan bahasa Inggeris.

Mengenai kemudahan pendidikan, Adenan berkata Kementerian Pendidikan perlu fokus untuk menaik taraf sekolah-sekolah yang dalam keadaan daif di Sarawak kerana ada dalam kalangan sekolah berkenaan berdepan bahaya dihanyutkan air sungai akibat sering berlaku hakisan manakala lainnya ada yang tidak mempunyai bekalan elektrik atau air yang sewajarnya.

Sebanyak 80 kontinjen mengambil bahagian dalam perbarisan itu, termasuk daripada pelbagai jabatan kerajaan, badan beruniform dan badan bukan kerajaan (NGO). – BERNAMA

Tags: Sekolah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd