• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Silap Rumah, Nenek Mati Ditimbus Hidup-Hidup

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT tersilap alamat, seorang wanita warga emas terbunuh di China apabila ditimbus hidup-hidup oleh pekerja binaan yang ditugaskan untuk memusnahkan sebuah rumah.

Dalam kejadian tersebut, nenek berusia 92 tahun itu dikatakan sedang tidur dan dipercayai tidak menyedari insiden malang itu.

Lebih menyayat hati, mangsa tidak mampu bergerak ke mana-mana ekoran kedua-dua kakinya patah.

Menurut People’s Daily Online, pekerja binaan tersebut dihantar untuk merobohkan sebuah rumah bagi tujuan pembangunan di Xuzhou, tetapi tersalah alamat.

Difahamkan, rumah sebenarnya yang ditugaskan untuk dirobohkan terletak di sebelah rumah mangsa.

Sebelum insiden itu, Pihak Berkuasa Perumahan Daerah Zhao telah menandatangani perjanjian untuk membeli tanah berkenaan dan memindahkan penduduknya.

Mangsa turut menyatakan persetujuan untuk berpindah dari rumahnya. Namun, ekoran tahap kesihatannya, wanita itu mendapat penangguhan masa.

Sementara itu, pihak syarikat yang mengendalikan pembangunan berkenaan mengakui kesilapan pekerjanya.

Susulan itu, kes ini disiasat oleh pihak polis tempatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinaRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd