• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Negara Akan Mula Bergerak Ke Arafah Esok

oleh AK-47
10/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Kesemua 22,320 jemaah haji Malaysia akan mula bergerak secara berperingkat ke padang Arafah untuk menjalani ibadat wukuf, yang jatuh pada Ahad (11 September) ini.

Para jemaah akan bergerak ke Arafah yang jaraknya kira-kira 25 kilometer dari Masjidil Haram di sini, secara berperingkat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata sebanyak 22 bas disediakan bagi setiap maktab penginapan jemaah.

Terdapat enam maktab yang terletak di sembilan bangunan iaitu hotel yang dijadikan tempat penginapan semua jemaah di sini.

Jamil Khir ketika bertemu jemaah di semua maktab sebelum ini mengingatkan mereka mengenai betapa pentingnya menjaga kesihatan masing-masing.

“Ini adalah kemuncak kepada ibadat haji dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental,” katanya menambah keadaan cuaca yang mencecah lebih 50 darjah Celsius juga menjadi ujian besar kepada para jemaah.

Beliau turut menasihati para jemaah agar menjaga disiplin yang tinggi selain menumpukan kepada ibadat dan mendokan kesejahteraan negara serta keluarga.

Dianggarkan lebih 2 juta umat Islam seluruh dunia akan berhimpun di padang Arafah untuk berwukuf kelak. Wukuf adalah ritual haji yang dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai dari tergelincirnya matahari pada tanggal 9 Zulhijjah sehinggalah terbenamnya matahari pada 10 Zulhijjah iaitu keesokan harinya.

Para jemaah perlu menumpukan kepada ibadat ketika di Arafah yang merupakan salah satu tempat yang dimakbulkan doa oleh Allah SWT.

Jemaah kemudiannya akan melaksanakan mabit di Muzdalifah, Mina dan melakukan lontaran di Jamrat sehingga 13 Zulhijjah.

Seterusnya jemaah akan mlelakukan tawaf dan Saie haji serta bertahalul. Sebelum pulang ke tanah air, para jemaah akan melakukan pula tawaf Wada’ atau tawaf selamat tinggal yang tentunya meninggalkan seribu kenangan ketika di tanah suci. – BERNAMA

Tags: ArafahHajijemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd