• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Australia Larang Aktif Galaxy Note 7 Dalam Pesawat

oleh AK-47
08/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA buah syarikat penerbangan Australia, Qantas dan Virgin Australia, melarang para penumpangnya untuk mengaktifkan dan mengecas Samsung Galaxy Note 7 semasa penerbangan dalam pesawat mereka.

Agensi berita Agence France-Presse (AFP) melaporkan, larangan keras tersebut terpaksa dikuatkuasakan kerana beberapa siri kes yang membabitkan bateri telefon bimbit pintar model itu terbakar atau meletup semasa sedang dicas oleh penumpang.

Australia Larang Aktif Galaxy Note 7 Dalam Pesawat

Samsung yang merupakan pengeluar telefon pintar terbesar antarabangsa dalam kenyataannya pada minggu lalu menyatakan bahawa kesemua produk Galaxy Note 7 yang sedang dipasarkan di seluruh dunia telah ditarik balik.

Menurut sebuah laman berita luar negara, difahamkan syarikat telekomunikasi gergasi terkenal dari Korea Selatan itu telah menarik sebanyak 2.5 juta unit model tersebut yang berada dalam pasaran seluruh dunia.

“Berikutan penarikan peranti elektronik peribadi Samsung Galaxy Note 7, kami meminta para penumpang agar mematikan atau tidak mengecas telefon itu semasa penerbangan,” kata jurucakap Qantas menerusi kenyataan.

Larangan penggunaan Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan dikuatkuasakan untuk semua destinasi, sama ada penerbangan laluan domestik mahupun antarabangsa.

Selain Qantas, pesaing syarikat itu, Virgin Australia juga mengeluarkan amaran yang sama melalui satu kenyataan mereka dan perkara itu diumumkan kepada penumpangnya sebelum penerbangan bermula. - MYNEWSHUB.CC

Tags: AustraliaSamsung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd