• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ROS Lulus Secara Prinsip Permohonan PPBM – Zahid

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini secara prinsip meluluskan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan akronim PPBM, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kelulusan rasmi hanya akan diberikan selepas pihak PPBM memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti tersebut kepada ROS.

Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini, beliau berkata penggunaan akronim PPBM bukan atas arahan ROS, sebaliknya atas permintaan parti itu sendiri semasa mendaftarkan permohonan sebelum ini.

“Dalam permohonan awal, mereka mahu menggunakan nama panggilan parti sebagai Bersatu tetapi selepas pihak ROS membuat semakan nama itu secara kebetulan telah banyak digunakan oleh beberapa parti dan pertubuhan lain.

“Selepas rundingan semula dibuat, pihak parti memohon meletakkan akronim PPBM dan ROS meluluskannya seperti yang dipohon,” katanya, sambil menambah nama Bersatu telah digunakan oleh enam parti dan pertubuhan setakat ini.

Kelulusan tersebut juga membabitkan sedikit perubahan pada logo berbanding logo asal semasa permohonan dibuat, katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau tidak campur tangan dalam kelulusan permohonan tersebut serta menegaskan permohonan mana-mana parti atau organisasi akan diluluskan jika mematuhi syarat-syarat dalam Akta Pertubuhan 1966.

Ditanya risiko PPBM sekiranya menggunakan nama Bersatu bagi mempromosikan parti itu, Ahmad Zahid berkata mereka secara rasmi telah melanggar perlembagaan parti tersebut.

“Sekiranya mereka masih menggunakan nama Bersatu tindakan pembatalan pertubuhan itu boleh diambil ROS berdasarkan Akta Pertubuhan,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lepas menyerahkan permohonan bagi mendaftar sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu di ROS.

Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah. – BERNAMA

Tags: BERSATUTun MahathirZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

Jentera PAS Tidak Bantu Calon Bersatu?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Jentera PAS tidak membantu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Spekulasi...

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

Bersatu Dakwa Pengerusi PN Desak Majlis Tertinggi Terima Penyertaan Parti Cinta Malaysia

23/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal dengan tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd