• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng ‘Gagak Rimba’ Tumpas, Aktif Curi Di Taman Rimba

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menumpaskan kumpulan dikenali sebagai ‘Gagak Rimba’ yang aktif mencuri di kawasan rekreasi Taman Rimba di sini dengan tertangkapnya lima lelaki tempatan, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kegiatan kumpulan itu dikesan sejak Januari lalu dan tangkapan pertama dibuat pada 1 Ogos lepas, melibatkan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 21 tahun.

Menurutnya hasil siasatan, polis menangkap tiga lagi lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dipercayai ahli kumpulan terbabit dengan tangkapan terakhir pada 24 Ogos lalu.

“Kumpulan ini menyasarkan pengunjung yang meletakkan motosikal dan menyimpan barang-barang berharga di bawah tempat duduk untuk berjoging,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Antara barangan yang dirampas ialah telefon bimbit, tablet dan kad kredit yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM50,000.

Mohd Rozi berkata pihaknya masih mencari beberapa lagi barang kes yang masih berada di pasaran gelap dan pada masa sama sedang memburu dua individu lelaki berusia 20-an yang mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut.

“Kalau kita berjaya tangkap mereka, saya boleh katakan kesemua 136 kes yang dilaporkan dan tidak dilaporkan di Taman Rimba dapat diselesaikan,” katanya.

Kesemua suspek terbabit yang positif dadah jenis syabu mempunyai rekod lampau seperti pecah rumah, curi kenderaan serta dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, katanya. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd